12 May 2008

















Hasil kerja

Fus Fansuri

SUE LYN, MENGERTI?


sue lyn...

keriuhan

jadi sunyi

aku rindu

mencarimu

di celah-celah
bahu

sue lyn...

kucabut

duri-duri

melekat

di hati

pedih peri

tak bisa

kutanggung

sendiri


sue lyn...

harus jika

terus kau pergi

takkan kuubati

ini luka biar

sakitnya bisa

mencabut
nyawa

sue lyn...

sungguh
aku cinta.

05 May 2008
















Hasil kerja
Fus Fansuri

BILIK KACA


di celah
retak kaca
ada peluh
tumbuh
dingin

luka
berdarah
sari bunga

di celah
retak kaca
ada cinta
mula
bernyawa.

26 April 2008


















Hasil Kerja

Fus Fansuri

KELMARIN, DI MANA KAMU?


petang hujan

daun-daun jatuh

seekor burung hitam

mengigil atas

wayar letrik


sue lyn...

aku menunggu

di lorong sejuk

kelmarin, di mana kamu?


matahari

di langit barat

dibalut selimut

awan tebal


di celah-celah pinus

wajahmu tersangkut

di ranting-ranting

sue lyn...
jangan bohong padaku

di sini aku masih

mencarimu

malam
makin
sunyi dingin


aku

akan pergi

arah mana

angin bertiup

berharap

akan kamu

ada di situ....

23 April 2008























Hasil kerja

Fus Fansuri

DI KILOMETER 17, CINTA


keretamu

menderu laju

debu-debu
melekat
di cermin
sisi

kau pergi

tanpa alas pasti

mampu hanya aku

mendongak matahari

dan merenung
jalan
panjang

aku teruskan
perjalanan

ditinggalkan
kamu
seorang
aku
di tepi jalan, Cinta...

13 April 2008






















Hasil kerja

Fus Fansuri

PAGI SABTU

-maya dewi-


biru hati

aku ditinggalkan

pagi sabtu


telah kutahu

kau tak perlu aku

parah cedera


telah kuminum

racun cintamu

rebah & layu


di depan pintu

aku menunggu

kau kembali.

12 March 2008

















Hasil kerja

Fus Fansuri

KONSEP


kau lari aku turuti

kau berjalan aku mengiringi

kau tunggu aku berhent
i

11 March 2008

















Hasil kerja

Fus Fansuri

DI LORONG MIMPI-MIMPI PATAH


april kering

daun-daun kuning

& cokelat melayang

di tendang angin


pokok kayu
kurus
memanjang

sesekali mengigil

digoyang burung
menenggek

aku berjalan

seorang di lorong

sunyi tertampal

di dinding
bangunan

tiada kenderaan

cuma lampu

berkelip merah

kuning & hijau


sepanjang jalan

aku mengutip

mimpi-mimpi berselerak
ada yang patah-patah
ada yang koyak rabak


segalanya

aku kumpul

di dalam kotak

berlabel harap


ufuk makin jauh

basah dalam peluh

tak mudah aku mengeluh


ini laluan aku pilih

tak mungkin aku menoleh

tiada noktah 'tuk mengalah


aku seorang

aku datang

aku pulang.

10 March 2008























Hasil kerja

Fus Fansuri

GENERASI "X"


kauberi padaku

gula-gula lolipop

katamu rasanya

cukup manis


lidah jadi biru

air liur berbau


O kawan

jangan mudah

kamu menipu

dengan helah

dan akhirnya

kau kena ludah!

05 March 2008













Hasil kerja
Fus Fansuri

CINTA BEG PASIR


seringkali
kau mengejek aku
tiapkali beradu lidah
aku selalu memilih 'tuk kalah
tanpa rasa bersalah

seringkali
kau melebar keluh
lantas mudah menuduh
cintaku beg pasir
& aku tak khuatir...

02 March 2008















Hasil kerja

Fus Fansuri

BROWNIES UNTUK MAGNOLIA


butir-butir air

jatuh dari langit

jalan-jalan berkilat

aku memandu resah


agak lama

tak bertemu

lewat januari

waktu itu kaubawa

sebuah kalendar

hadiah harijadiku

dari
australia
itu terakhir


aku terlupa

arah rumahmu

bercagar naluri

meredah basah

mencari tuju

payung biru

di depan pintu


haruman wangi

memenuhi ruang

dari aroma tubuhmu

ramping dan genit


katamu; teman lelakimu

berkerja hujung minggu

maka sunyi mula tumbuh

di dinding-dinding hati


sepanjang jalan
sinatra
berdendang
sway
irama aneh dari corong radio

yang kautahu

aku bukan peminat

rentak klasik


sinismu kusambut

senyum manis

lalu kauminta

penjelasan

dalam hujan


tiba di
cafe
kita memilih satu sudut
katamu itu adalah "meja kita"

sambil mengangkat dua jari

aku maklum pilihanmu


aku memilih
peach tea
aku suka baunya

menguja


kau pilih

double shot espresso

cuba melega letih

yang bermaharajalela

& seperti biasa

brownies
cokelat jadi
pemanas mulut


lampu oren

bergayutan di atas kepala

asyik kita bercerita tentang

Rindu Sedih Duka

Kehilangan


kita ketawa bersama

mengingati kenangan lama

kataku; memori ibarat

sayap rama-rama

jika tersentuh

jadi debu

& kau setuju


james blunt

terus menyanyi

di telinga akustik

you're beautiful

kita hanyut

bersama


jam di tangan

pukul 1.30 pagi

dinihari gigil

tingkap berkabus


kau mengulum senyum

ketika kutanya;

bagaimana harus

mengucapkan

selamat tinggal

kepada seseorang

yang kita amat cintai

dan tak ingin berpisah

dengannya?


di luar gerimis

masih menitis

kita berlari

menepis embun

yang bertunas
di tubuh


sepanjang jalan kosong

tiada kendera di lorong

aku memilih jalan panjang

untuk kuhantar kaupulang


di depan rumahmu

teman lelakimu

sedang menunggu

tersembunyi

di sebalik daun pagar


sempat kutinggalkan

pesan ringkas;

" I don't scratch

your girlfriend!"

kau tersengih

aku berlalu pergi

'tuk menjelajah pagi.


01.03.08

28 February 2008




















Hasil kerja

Fus Fansuri

PELARIAN KE
ZERO


kau telah hilang

selama-lamanya

lewat malam

masih muda


pendek pesanmu;

jangan tunggu

kerana
tiada
pintu
untuk
kembali


aku
sudah jangka
tanpa perlu

baca buku sains

untuk faham

kimia fikiranmu


aku lelaki

kekal lelaki

bukan lagi anak-anak

cuba belajar
teori kosmologi

atau
quantum gravity

cuba cari jawapan
pada soalan

yang tak pernah

ditanya


namun
aku
rela kau pergi
demi misi pelarian
zero
tak harap kau pulang

kerana itu lebih abadi


dan bagiku

ini bukan
selamat tinggal
kerana kau
tak pernah mati
dalam hidupku.

27 February 2008

















Hasil kerja

Fus Fansuri

KULIT BAWANG


kauracik
kulit-kulit

bawang


kauhiris

aku menangis


kauricih

kulit-kulit

bawang-bawang













Hasil kerja

Fus Fansuri
BERLIAN 77K


satu petang
telefon genggamku
berdering lagu

chick habit


aku tengah
merayau
bukan untuk apa

membunuh masa


aku ingatkan

panggilan darimu

lantas berkata hello
tapi rupanya
hanya sms

aku tersipu malu

di tengah manusia

munda mandir

lidah terjelir

pesan ringkasmu;

singgah
di habeb jewel
aku jumpa
sebutir berlian 77k
seumur hidupku
tak pernah jumpa
harga separas itu


aku baca
ketawa kecil
cuba berfikir
tersenyum
kambing

balasku ringkas;

jika ingin kugadaikan

kereta proton wajaku
nilainya separuh harga

tidak cukup 'tuk membeli

berlian hadiah untukmu

jika dirimu ingin juga
aku harus mencari
seekor kuda
'kan kugadai jua keretaku
jika terpaksa


kukirim sms padamu
kerana kamu pernah berkata

apa yang tertulis lebih bermakna

dari cuma-kata-kata di telinga

aku tahu, kau tahu
aku tak mampu,

aku tahu kau 'kan baca
sms
yang kau terima

malah akan kau simpan

jika ia penuh bermakna

petang itu
aku terus berjalan

dan berjalan
tak tahu arah
mana
harus di tuju
aku batuk
terhidu habuk.

21 February 2008























Hasil kerja

Fus Fansuri
MALAM SUDAH SUDAH

- untuk zach

mata tak mahu lelap

walau aku paksa

bantal menyendal muka


memerhati siling

ada wayar bersilang-silang
cahaya suram hijau
tumbuh
di langit bilik


hati tidak tenang
seperti ada orang kecil
bertinju
di dalam dada
sentiasa berdebar
tidak tentu pasal
gelisah tak tentu arah


kipas angin berputar

membawa dingin kering

aku masih resah


malam sudah sudah

tak pernah rasa sebegini
dan tak pasti mengapa
dunia aku lemas

the doors
gagal membujukku
dengan
light my fire
cuma cobain membawa
aku
tenggelam bersama
something in the way

selimut aku
seperti guni padi
miang dan terlalu keras

hakikatnya aku memang malas
untuk mengemas


potret
che guevara
ketawa dan tersengih
dalam suram merah hijau


aku meraba
mencari handphone
nombor digital jam
pukul 2.15 a.m


aku ambil
buku
morrison-the american night
dan kunyalakan zippo
dalam mabuk rokok

membaca khusyuk

ditemani seni stairway to heaven
hingga subuh pagi.




















Hasil kerja

Fus Fansuri

SELIPAR JEPON


selepas hujan

kau cakap ingin pulang

setelah mencicip sebatang rokok

kau ambil tanpa bertanya

siapa empunya


plastik hitam

bergolek ditiup angin

lantas kautunduk

nampak tali
g string
di buntut
levi'smu
aku sengih


ditanganmu

ada sebuah buku

on the road
katamu ditulis
orang
namanya kerouac
bukan
capote
katamu lagi


aku tak peduli

segala ceritamu

aku asyik merenung

dan menggaru kepala

siapakah empunya

selipar jepon

di kaki tangga

rumahku?

18 February 2008






















Hasil kerja

Fus Fansuri

MALAM-MALAM SUDAH



bulan setengah
pokok-pokok
kaku membatu

cahaya kuning
di bawah tiang
bayang bengkok

aku duduk
di kerusi buruk
ada gitar di tangan
rokok di mulut

datang seorang gadis
membawa sebelah kasut
kata dia namanya cinderella

dia sesat
hilang sebelah kasut kiri
jalan gelap
di lorong bulan

aku diam
dia rancak borak
jatuh tahi cicak

kata dia
mahu pergi
jauh dari sini

lalu kutanggalkan
kasut sebelah kanan

kuhadiahkan padanya


setelah itu

dia tinggalkan aku

dengan sebelah kaki

tanpa sepatu.


15 February 2008























Hasil kerja

Fus Fansuri

CERITA PATAH HATI DI LORONG BULAN


lorong bulan

sunyi pagi

daun-daun kuning

berterbangan

ditiup angin


kereta laju

sesekali ganas

melintas pantas

tinggalkan debu

di hujung daun


seorang lelaki

di kaki tangga

duduk di tangannya

kuning mawar

layu, dia lesu


jiran tingkat 3

berteriak melalak

lagu lelaki patah hati

tiba-tiba melontar

puntung rokok

bagai bunga api


seorang gadis

separuh usia di tepi

jendela menyidai

baju dalam

dan seluar dalam

berwarna unggu

melempar sengih

sumbang


di hujung lorong

pokok rebah

menimpa warung

zink bengkok

sampah segera

tumbuh membukit


gagak terkejut

akhbar pagi terpelanting

di depan rumah


lorong bulan

tetap sunyi

seekor kucing mati

darah tumpah di jalan

semua orang tak peduli

pura-pura berlalu pergi.

















Hasil kerja

Fus Fansuri

BUNGA DINDING


pagi beku

tiada angin

jarum saat

berdetik


bonsai kecil

di sudut sofa

lagu cinta

6th avenue

perlahan

di corong

cd


kucing tersengih

matanya jernih

dihujung kaki

manja aksi


buku-buku fiksi
tersusun rapi
tindih menindih

memanjat tinggi


duduk sendiri

memandang dinding

mendongak siling

bunga-bunga tumbuh

dari dada simen biru


diam memaku

tenggelam dalam

mabuk kopi beri

14 February 2008





















Hasil kerja
Fus Fansuri

BUDAK BESAR TAK MENANGIS


malam ini

malam hari kekasih

kaki rasa perih

peluh meleleh


ada bunga

mawar putih

mawar merah

mawar kuning


ada sekuntum

ada tiga kuntum

ada berkuntum-kuntum


beruang kaku

dibungkus plastik

tergantung di tiang

lampu dan khemah murah


jalan-jalan merah

lampu isyarat merah

baldi-baldi merah

darah pun merah


ada dara pecah

ada uda parah

ada hati rusuh

ada cinta roboh


malam ini

malam hari kekasih

aku budak besar

senyum tersengih.

11 February 2008






















Hasil Kerja

Fus Fansuri

POSKAD DINDING


malam sunyi

angin malas

lampu malap

di bumbung


cicak merayap

di cermin tingkap

memasang jerat

ekornya putus


bunyi kereta

datang dan hilang

kipas berputar

kiri dan kanan

di dinding sangkut


poskad melekat

gambar mawar layu

di dalam ketuhar


malam ini

aku sendiri

menghitung jari

sampai pagi.