
Hasil kerja
Fus Fansuri
MALAM-MALAM SUDAH
bulan setengah
pokok-pokok
kaku membatu
cahaya kuning
di bawah tiang
bayang bengkok
aku duduk
di kerusi buruk
ada gitar di tangan
rokok di mulut
datang seorang gadis
membawa sebelah kasut
kata dia namanya cinderella
dia sesat
hilang sebelah kasut kiri
jalan gelap di lorong bulan
aku diam
dia rancak borak
jatuh tahi cicak
kata dia
mahu pergi
jauh dari sini
lalu kutanggalkan
kasut sebelah kanan
kuhadiahkan padanya
setelah itu
dia tinggalkan aku
dengan sebelah kaki
tanpa sepatu.
No comments:
Post a Comment