
Hasil kerja
Fus Fansuri
BERLIAN 77K
satu petang
telefon genggamku
berdering lagu
chick habit
aku tengah merayau
bukan untuk apa
membunuh masa
aku ingatkan
panggilan darimu
lantas berkata hello
tapi rupanya
hanya sms
aku tersipu malu
di tengah manusia
munda mandir
lidah terjelir
pesan ringkasmu;
singgah di habeb jewel
aku jumpa sebutir berlian 77k
seumur hidupku
tak pernah jumpa
harga separas itu
aku baca
ketawa kecil
cuba berfikir
tersenyum kambing
balasku ringkas;
jika ingin kugadaikan
kereta proton wajaku
nilainya separuh harga
tidak cukup 'tuk membeli
berlian hadiah untukmu
jika dirimu ingin juga
aku harus mencari seekor kuda
'kan kugadai jua keretaku
jika terpaksa
kukirim sms padamu
kerana kamu pernah berkata
apa yang tertulis lebih bermakna
dari cuma-kata-kata di telinga
aku tahu, kau tahu
aku tak mampu,
aku tahu kau 'kan baca sms
yang kau terima
malah akan kau simpan
jika ia penuh bermakna
petang itu
aku terus berjalan
dan berjalan
tak tahu arah
mana harus di tuju
aku batuk terhidu habuk.
No comments:
Post a Comment