28 February 2008




















Hasil kerja

Fus Fansuri

PELARIAN KE
ZERO


kau telah hilang

selama-lamanya

lewat malam

masih muda


pendek pesanmu;

jangan tunggu

kerana
tiada
pintu
untuk
kembali


aku
sudah jangka
tanpa perlu

baca buku sains

untuk faham

kimia fikiranmu


aku lelaki

kekal lelaki

bukan lagi anak-anak

cuba belajar
teori kosmologi

atau
quantum gravity

cuba cari jawapan
pada soalan

yang tak pernah

ditanya


namun
aku
rela kau pergi
demi misi pelarian
zero
tak harap kau pulang

kerana itu lebih abadi


dan bagiku

ini bukan
selamat tinggal
kerana kau
tak pernah mati
dalam hidupku.

27 February 2008

















Hasil kerja

Fus Fansuri

KULIT BAWANG


kauracik
kulit-kulit

bawang


kauhiris

aku menangis


kauricih

kulit-kulit

bawang-bawang













Hasil kerja

Fus Fansuri
BERLIAN 77K


satu petang
telefon genggamku
berdering lagu

chick habit


aku tengah
merayau
bukan untuk apa

membunuh masa


aku ingatkan

panggilan darimu

lantas berkata hello
tapi rupanya
hanya sms

aku tersipu malu

di tengah manusia

munda mandir

lidah terjelir

pesan ringkasmu;

singgah
di habeb jewel
aku jumpa
sebutir berlian 77k
seumur hidupku
tak pernah jumpa
harga separas itu


aku baca
ketawa kecil
cuba berfikir
tersenyum
kambing

balasku ringkas;

jika ingin kugadaikan

kereta proton wajaku
nilainya separuh harga

tidak cukup 'tuk membeli

berlian hadiah untukmu

jika dirimu ingin juga
aku harus mencari
seekor kuda
'kan kugadai jua keretaku
jika terpaksa


kukirim sms padamu
kerana kamu pernah berkata

apa yang tertulis lebih bermakna

dari cuma-kata-kata di telinga

aku tahu, kau tahu
aku tak mampu,

aku tahu kau 'kan baca
sms
yang kau terima

malah akan kau simpan

jika ia penuh bermakna

petang itu
aku terus berjalan

dan berjalan
tak tahu arah
mana
harus di tuju
aku batuk
terhidu habuk.

21 February 2008























Hasil kerja

Fus Fansuri
MALAM SUDAH SUDAH

- untuk zach

mata tak mahu lelap

walau aku paksa

bantal menyendal muka


memerhati siling

ada wayar bersilang-silang
cahaya suram hijau
tumbuh
di langit bilik


hati tidak tenang
seperti ada orang kecil
bertinju
di dalam dada
sentiasa berdebar
tidak tentu pasal
gelisah tak tentu arah


kipas angin berputar

membawa dingin kering

aku masih resah


malam sudah sudah

tak pernah rasa sebegini
dan tak pasti mengapa
dunia aku lemas

the doors
gagal membujukku
dengan
light my fire
cuma cobain membawa
aku
tenggelam bersama
something in the way

selimut aku
seperti guni padi
miang dan terlalu keras

hakikatnya aku memang malas
untuk mengemas


potret
che guevara
ketawa dan tersengih
dalam suram merah hijau


aku meraba
mencari handphone
nombor digital jam
pukul 2.15 a.m


aku ambil
buku
morrison-the american night
dan kunyalakan zippo
dalam mabuk rokok

membaca khusyuk

ditemani seni stairway to heaven
hingga subuh pagi.




















Hasil kerja

Fus Fansuri

SELIPAR JEPON


selepas hujan

kau cakap ingin pulang

setelah mencicip sebatang rokok

kau ambil tanpa bertanya

siapa empunya


plastik hitam

bergolek ditiup angin

lantas kautunduk

nampak tali
g string
di buntut
levi'smu
aku sengih


ditanganmu

ada sebuah buku

on the road
katamu ditulis
orang
namanya kerouac
bukan
capote
katamu lagi


aku tak peduli

segala ceritamu

aku asyik merenung

dan menggaru kepala

siapakah empunya

selipar jepon

di kaki tangga

rumahku?

18 February 2008






















Hasil kerja

Fus Fansuri

MALAM-MALAM SUDAH



bulan setengah
pokok-pokok
kaku membatu

cahaya kuning
di bawah tiang
bayang bengkok

aku duduk
di kerusi buruk
ada gitar di tangan
rokok di mulut

datang seorang gadis
membawa sebelah kasut
kata dia namanya cinderella

dia sesat
hilang sebelah kasut kiri
jalan gelap
di lorong bulan

aku diam
dia rancak borak
jatuh tahi cicak

kata dia
mahu pergi
jauh dari sini

lalu kutanggalkan
kasut sebelah kanan

kuhadiahkan padanya


setelah itu

dia tinggalkan aku

dengan sebelah kaki

tanpa sepatu.


15 February 2008























Hasil kerja

Fus Fansuri

CERITA PATAH HATI DI LORONG BULAN


lorong bulan

sunyi pagi

daun-daun kuning

berterbangan

ditiup angin


kereta laju

sesekali ganas

melintas pantas

tinggalkan debu

di hujung daun


seorang lelaki

di kaki tangga

duduk di tangannya

kuning mawar

layu, dia lesu


jiran tingkat 3

berteriak melalak

lagu lelaki patah hati

tiba-tiba melontar

puntung rokok

bagai bunga api


seorang gadis

separuh usia di tepi

jendela menyidai

baju dalam

dan seluar dalam

berwarna unggu

melempar sengih

sumbang


di hujung lorong

pokok rebah

menimpa warung

zink bengkok

sampah segera

tumbuh membukit


gagak terkejut

akhbar pagi terpelanting

di depan rumah


lorong bulan

tetap sunyi

seekor kucing mati

darah tumpah di jalan

semua orang tak peduli

pura-pura berlalu pergi.

















Hasil kerja

Fus Fansuri

BUNGA DINDING


pagi beku

tiada angin

jarum saat

berdetik


bonsai kecil

di sudut sofa

lagu cinta

6th avenue

perlahan

di corong

cd


kucing tersengih

matanya jernih

dihujung kaki

manja aksi


buku-buku fiksi
tersusun rapi
tindih menindih

memanjat tinggi


duduk sendiri

memandang dinding

mendongak siling

bunga-bunga tumbuh

dari dada simen biru


diam memaku

tenggelam dalam

mabuk kopi beri

14 February 2008





















Hasil kerja
Fus Fansuri

BUDAK BESAR TAK MENANGIS


malam ini

malam hari kekasih

kaki rasa perih

peluh meleleh


ada bunga

mawar putih

mawar merah

mawar kuning


ada sekuntum

ada tiga kuntum

ada berkuntum-kuntum


beruang kaku

dibungkus plastik

tergantung di tiang

lampu dan khemah murah


jalan-jalan merah

lampu isyarat merah

baldi-baldi merah

darah pun merah


ada dara pecah

ada uda parah

ada hati rusuh

ada cinta roboh


malam ini

malam hari kekasih

aku budak besar

senyum tersengih.

11 February 2008






















Hasil Kerja

Fus Fansuri

POSKAD DINDING


malam sunyi

angin malas

lampu malap

di bumbung


cicak merayap

di cermin tingkap

memasang jerat

ekornya putus


bunyi kereta

datang dan hilang

kipas berputar

kiri dan kanan

di dinding sangkut


poskad melekat

gambar mawar layu

di dalam ketuhar


malam ini

aku sendiri

menghitung jari

sampai pagi.

10 February 2008






















Hasil kerja

Fus Fansuri
TONG DRAM


nasib dunia

bergantung
dari nyawa
tong dram













Hasil kerja
Fus Fansuri
PANDANG DARI BAWAH


di

hujung
langit
bulan
bulat
di
hujung
pucuk
rebung

01 February 2008















Hasil Kerja
Fus Fansuri
TANGAN KEJU

sesak nafas

asap berkepol-kepol

batuk kahak

hijau/geli

cis, manusia hipo

lidah ular

bau biawak

layan rasa

makan banyak

hantuk mabuk











Hasil Kerja
FusFansuri
TALI GITAR

lirik aku hilang

lagu aku sumbang

gitar aku putus tali

siang malam

garu kepala

luntur ilham

lampu kuning

polis lalu

tong sampah rebah

anjing kurap menjerit

tikus lari ke lobang najis

kertas terbang

kabus dingin

kabur cermin mata

aku menguap.












Hasil Kerja
FusFansuri
KULAT

membuka
dunia mungkin
mabuk seni magis
tak perlu menawan
inti sanjak jadi isi
kata bermakna
mudah bahasa.





















Hasil Kerja
FusFansuri
NAGA HUJAN

Hujan turun dengan lebat.
Tanpa henti.
Sudah dua jam.
Bimbang bernyawa.
Ada naga menganas di atas awam.
Langit kelam. Matahari pejam.






















Hasil Kerja
FusFansuri
KERTAS

lidah kertas
di celah tersepit
daun tingkap
matahari padam
bulan tiada sumbu
angsa dingin
puteh jadi biru.