
Hasil kerja
Fus Fansuri
SELIPAR JEPON
selepas hujan
kau cakap ingin pulang
setelah mencicip sebatang rokok
kau ambil tanpa bertanya
siapa empunya
plastik hitam
bergolek ditiup angin
lantas kautunduk
nampak tali g string
di buntut levi'smu
aku sengih
ditanganmu
ada sebuah buku
on the road
katamu ditulis
orang namanya kerouac
bukan capote
katamu lagi
aku tak peduli
segala ceritamu
aku asyik merenung
dan menggaru kepala
siapakah empunya
selipar jepon
di kaki tangga
rumahku?
No comments:
Post a Comment