
Hasil kerja
Fus Fansuri
MALAM SUDAH SUDAH
- untuk zach
mata tak mahu lelap
walau aku paksa
bantal menyendal muka
memerhati siling
ada wayar bersilang-silang
cahaya suram hijau tumbuh
di langit bilik
hati tidak tenang
seperti ada orang kecil bertinju
di dalam dada sentiasa berdebar
tidak tentu pasal
gelisah tak tentu arah
kipas angin berputar
membawa dingin kering
aku masih resah
malam sudah sudah
tak pernah rasa sebegini
dan tak pasti mengapa
dunia aku lemas
the doors gagal membujukku
dengan light my fire
cuma cobain membawa
aku tenggelam bersama
something in the way
selimut aku
seperti guni padi
miang dan terlalu keras
hakikatnya aku memang malas
untuk mengemas
potret che guevara
ketawa dan tersengih
dalam suram merah hijau
aku meraba
mencari handphone
nombor digital jam
pukul 2.15 a.m
aku ambil buku
morrison-the american night
dan kunyalakan zippo
dalam mabuk rokok
membaca khusyuk
ditemani seni stairway to heaven
hingga subuh pagi.
1 comment:
tok paling ku suka
Post a Comment