O Gadis... jadilah kau sang rama-rama menyalin warna hidup merajut sulam cinta dengan benang-benang madu biar manis ini jadi abadi dan kaulah sang bidadari!
12 March 2009
Hasil kerja Fus Fansuri BAJUKU BERDARAH
tiapkali kaulibas cemeti katamu bajuku berdarah
tiapkali kauhunus pedang alasanmu bajuku berdarah
tiapkali kautusuk belati helahmu bajuku berdarah
13 January 2009
Hasil kerja Fus Fansuri T'LAH JADI HITAM
awan pekat hitam angin deras pohon tinggal tulang saksi segala jadi
suaramu tinggi mengejut isi rimba luahkan rasa di hujung lidah marah kauhambur bersepah-sepah
apa saja salah di mata zahirmu semua silap tak terampun aku mampu hanya mendongak langit kakiku sesekali tertusuk tajam ranting-ranting patah
malam itu kaudatang membawa hirisan-hirisan kautoreh hati sendiri tak pernah aku menyata masalah sengaja kautempa
aku di hadapanmu mengapa tidak saja kauambil pisau dan kauhunjam dalam dalam agar tiada lagi aku di dunia anehmu
di hujung jalan langit putih makin nipis dingin membeku di kulit jaket diamku t'lah jadi hitam
24 July 2008
Hasil kerja Fus Fansuri KACABERDINDING
hidup kita dalam balang berdinding kaca seringkali penuh tindak berhati-hati segalanya mudah retak atau pecah kerana kaca bisa melukakankita & orang lain.
23 July 2008
Hasil Kerja Fus Fansuri DEBU
kauhembus debu cendawan lalu kuhirup udara edan
aku mabuk dalam duniamu penuh kaca kaca
12 May 2008
Hasil kerja Fus Fansuri SUE LYN, MENGERTI?
sue lyn... keriuhan jadi sunyi aku rindu mencarimu di celah-celah bahu
sue lyn... kucabut duri-duri melekat di hati pedih peri tak bisa kutanggung sendiri
sue lyn... harus jika terus kau pergi takkan kuubati ini luka biar sakitnya bisa mencabut nyawa
sue lyn... sungguh aku cinta.
05 May 2008
Hasil kerja Fus Fansuri BILIK KACA
di celah retak kaca ada peluh tumbuh dingin
luka berdarah sari bunga
di celah retak kaca ada cinta mula bernyawa.
26 April 2008
Hasil Kerja Fus Fansuri KELMARIN, DI MANA KAMU?
petang hujan daun-daun jatuh seekor burung hitam mengigil atas wayar letrik
sue lyn... aku menunggu di lorong sejuk kelmarin, di mana kamu?
matahari di langit barat dibalut selimut awan tebal
di celah-celah pinus wajahmu tersangkut di ranting-ranting
sue lyn... jangan bohong padaku di sini aku masih mencarimu malammakin sunyidingin
aku akan pergi arah mana angin bertiup berharap akan kamu ada di situ....
23 April 2008
Hasil kerja Fus Fansuri DI KILOMETER 17, CINTA
keretamu menderu laju debu-debumelekat di cerminsisi
kau pergi tanpa alas pasti mampu hanya aku mendongak matahari dan merenung jalanpanjang
aku teruskan perjalanan ditinggalkan kamuseorang akudi tepi jalan, Cinta...
13 April 2008
Hasil kerja Fus Fansuri PAGI SABTU -maya dewi-
biru hati aku ditinggalkan pagi sabtu
telah kutahu kau tak perlu aku parah cedera
telah kuminum racun cintamu rebah & layu
di depan pintu aku menunggu kau kembali.
12 March 2008
Hasil kerja Fus Fansuri KONSEP
kau lari aku turuti kau berjalan aku mengiringi kau tunggu aku berhenti
11 March 2008
Hasil kerja Fus Fansuri DI LORONG MIMPI-MIMPI PATAH
april kering daun-daun kuning & cokelat melayang di tendang angin
pokok kayukurus memanjang sesekali mengigil digoyang burung menenggek
aku berjalan seorang di lorong sunyi tertampal di dindingbangunan
tiada kenderaan cuma lampu berkelip merah kuning & hijau
sepanjang jalan aku mengutip mimpi-mimpi berselerak ada yang patah-patah ada yang koyak rabak
segalanya aku kumpul di dalam kotak berlabel harap
ufuk makin jauh basah dalam peluh tak mudah aku mengeluh
ini laluan aku pilih tak mungkin aku menoleh tiada noktah 'tuk mengalah
aku seorang aku datang aku pulang.
10 March 2008
Hasil kerja Fus Fansuri GENERASI "X"
kauberi padaku gula-gula lolipop katamu rasanya cukup manis
lidah jadi biru air liur berbau
O kawan jangan mudah kamu menipu dengan helah dan akhirnya kau kena ludah!
05 March 2008
Hasil kerja Fus Fansuri CINTA BEG PASIR
seringkali kau mengejek aku tiapkali beradu lidah aku selalu memilih 'tuk kalah tanpa rasa bersalah
seringkali kau melebar keluh lantas mudah menuduh cintaku beg pasir & aku tak khuatir...
02 March 2008
Hasil kerja Fus Fansuri BROWNIES UNTUK MAGNOLIA
butir-butir air jatuh dari langit jalan-jalan berkilat aku memandu resah
agak lama tak bertemu lewat januari waktu itu kaubawa sebuah kalendar hadiah harijadiku dari australia itu terakhir
aku terlupa arah rumahmu bercagar naluri meredah basah mencari tuju payung biru di depan pintu
haruman wangi memenuhi ruang dari aroma tubuhmu ramping dan genit
katamu; teman lelakimu berkerja hujung minggu maka sunyi mula tumbuh di dinding-dinding hati
sepanjang jalan sinatra berdendang sway irama aneh dari corong radio yang kautahu aku bukan peminat rentak klasik
sinismu kusambut senyum manis lalu kauminta penjelasan dalam hujan
tiba di cafe kita memilih satu sudut katamu itu adalah "meja kita" sambil mengangkat dua jari aku maklum pilihanmu
aku memilih peach tea aku suka baunya menguja
kau pilih double shot espresso cuba melega letih yang bermaharajalela & seperti biasa brownies cokelat jadi pemanas mulut
lampu oren bergayutan di atas kepala asyik kita bercerita tentang Rindu Sedih Duka Kehilangan
kita ketawa bersama mengingati kenangan lama kataku; memori ibarat sayap rama-rama jika tersentuh jadi debu & kau setuju
james blunt terus menyanyi di telinga akustik you're beautiful kita hanyut bersama
jam di tangan pukul 1.30 pagi dinihari gigil tingkap berkabus
kau mengulum senyum ketika kutanya; bagaimana harus mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang yang kita amat cintai dan tak ingin berpisah dengannya?
di luar gerimis masih menitis kita berlari menepis embun yang bertunas di tubuh
sepanjang jalan kosong tiada kendera di lorong aku memilih jalan panjang untuk kuhantar kaupulang
di depan rumahmu teman lelakimu sedang menunggu tersembunyi di sebalik daun pagar
sempat kutinggalkan pesan ringkas; " I don't scratch your girlfriend!" kau tersengih aku berlalu pergi 'tuk menjelajah pagi.
01.03.08
28 February 2008
Hasil kerja Fus Fansuri PELARIAN KE ZERO
kau telah hilang selama-lamanya lewat malam masih muda
pendek pesanmu; jangan tunggu keranatiada pintuuntuk kembali
aku sudah jangka tanpa perlu baca buku sains untuk faham kimia fikiranmu
aku lelaki kekal lelaki bukan lagi anak-anak cuba belajar teori kosmologi atau quantum gravity
cuba cari jawapan pada soalan yang tak pernah ditanya
namun aku rela kau pergi demi misi pelarian zero tak harap kau pulang kerana itu lebih abadi
dan bagiku ini bukan selamat tinggal kerana kau tak pernah mati dalam hidupku.
27 February 2008
Hasil kerja Fus Fansuri KULIT BAWANG
kauracik kulit-kulit bawang
kauhiris aku menangis
kauricih kulit-kulit bawang-bawang
Hasil kerja Fus Fansuri BERLIAN 77K
satu petang telefon genggamku berdering lagu chick habit
aku tengah merayau bukan untuk apa membunuh masa
aku ingatkan panggilan darimu lantas berkata hello tapi rupanya hanya sms
aku tersipu malu di tengah manusia munda mandir lidah terjelir
pesan ringkasmu; singgah di habeb jewel aku jumpa sebutir berlian 77k seumur hidupku tak pernah jumpa harga separas itu
aku baca ketawa kecil cuba berfikir tersenyum kambing
balasku ringkas; jika ingin kugadaikan kereta proton wajaku nilainya separuh harga tidak cukup 'tuk membeli berlian hadiah untukmu jika dirimu ingin juga aku harus mencari seekor kuda 'kan kugadai juakeretaku jika terpaksa
kukirim sms padamu kerana kamu pernah berkata apa yang tertulis lebih bermakna dari cuma-kata-kata di telinga
aku tahu, kau tahu aku tak mampu, aku tahu kau 'kan bacasms yang kau terima malah akan kau simpan jika ia penuh bermakna
petang itu aku terus berjalan dan berjalan tak tahu arah manaharus di tuju aku batukterhidu habuk.
21 February 2008
Hasil kerja Fus Fansuri MALAM SUDAH SUDAH - untuk zach
mata tak mahu lelap walau aku paksa bantal menyendal muka
memerhati siling ada wayar bersilang-silang cahaya suram hijautumbuh di langit bilik
hati tidak tenang seperti ada orang kecilbertinju di dalam dadasentiasa berdebar tidak tentu pasal gelisah tak tentu arah
kipas angin berputar membawa dingin kering aku masih resah
malam sudah sudah tak pernah rasa sebegini dan tak pasti mengapa dunia aku lemas the doors gagal membujukku dengan light my fire cuma cobain membawa akutenggelam bersama something in the way
selimut aku seperti guni padi miang dan terlalu keras hakikatnya aku memangmalas untuk mengemas
potret che guevara ketawa dan tersengih dalam suram merah hijau
aku meraba mencari handphone nombor digital jam pukul 2.15 a.m
aku ambilbuku morrison-the american night dan kunyalakanzippo dalam mabuk rokok membaca khusyuk ditemani seni stairway to heaven hingga subuh pagi.
Hasil kerja Fus Fansuri SELIPAR JEPON
selepas hujan kau cakap ingin pulang setelah mencicip sebatang rokok kau ambil tanpa bertanya siapa empunya
plastik hitam bergolek ditiup angin lantas kautunduk nampak tali g string di buntut levi'smu aku sengih
ditanganmu ada sebuah buku on the road katamu ditulis orangnamanya kerouac bukan capote katamu lagi
aku tak peduli segala ceritamu aku asyik merenung dan menggaru kepala siapakah empunya selipar jepon di kaki tangga rumahku?